Umie.Artoqiemie: Ate dari peghok ke kedoh dow

14 September 2014

Ate dari peghok ke kedoh dow

Shalom masyarakat, ini minggu lepas punya ceghita sebenarnya, aku ke utagha atas tujuan assignment photo. Phew dugaan weh assignment photo, sebab aku takdak camera, boleh mati kejung kalo tengok scene lawo. 


Perjalanan mengambil masa 4 jam jugaklah kalo bawak dengan berhati-hati. 


Antara lokasinya, kilang area kedah (kawasan larangan). Macam kat oversea sbb ade lembu tengah ragut rumput. 




Ni pulak suasana pagi area-area gunung kledang. Cantik kan sunrise dia? 



Kau tengok awan dia. Sexy subhanaAllah.


Ni gambar kalo aku google kedah akan keluar ni. Tak sangka boleh snap gambo ni.


Ini 1st time aku ke kedah sebenarnya, sebelum ni aku tengok kat tv je negeri jelapang padi ni. 


Gitew , acah-acah wartawan astro awani , muka tanak senyum , melaporkan pesawat MH1992.. 



Member cakap, pekan rabu yang famous di kedah, sebab mak dia suka ke pekan rabu. Nama dia pekan rabu sebab dulu bukak hari rabu je.. 


Aku pun, ikutlah dia ke pekan rabu tu. Kalau nak borong tudung aku rasa better rembat kat jalan tar, sana lagi murah & apa yang best kat sini ialah S E R U N D I N G !! Sedap weh. Dia ada jual local & international punya serunding, amiklah yang local yer. 


Sekitar pekan rabu. 


Gambar otw balik, kedah best kalo datang untuk amik gambar. Scene sawah kuning mahal. 


Ni aku tak ingat kat rnr mana, project jambatan ke mana tah (lupa jugak) tapi dia punya masterpiece lawa , ramai yamg singgah berhenti mata kelip-kelip tanda suka. 

Btw, semua gambar yang terdapat dalam entry ni aku snap guna iphone 4s & edit dekat photoshop , pergi adjust curved sajer, kasi color naik. Easy peezy an? 


Chow _

15 comments:

Zizie Zack said...

subhanallah.. cantiknya... lama tak naik kedah.. dah 5 tahun rasanya.. huhu.. btw, is it okay guna shalom? sebab setahu saya, tu Jew punya salam kan?

Faqihah Husni said...

Kot mai nak habaq!

BudakVanilla said...

oooo. .kacak2 comel2 cantik2. .hehe. .semua gambar cantik2. . :D

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Memang ada gaya wartawan ^_^

Umie Artoqiemie said...

@ zizie : shalom tu bukan lah assalammualaikum. Sebenarnya tu shah alam

Umie Artoqiemie said...

@faqihah : hang org kedah ka?

nuyui a.k.a miss YUI said...

jauh perjalanan ya..

huhuh

Päk Läng said...

laaa...awat cheq mai kedah tak habaq kat pak lang?

Umie Artoqiemie said...

@nuyui : boleh tahan jauh jugakla hehe

Umie Artoqiemie said...

@paklang: mana la tau paklang orang kedoh hehe

Päk Läng said...

sekarang dah tau kan. jadi, sila lajak mai jitra kalau bertandang ke kedah lagi noh. ;)

Puan Kutu said...

takde kamera pun lawa dah ni gambar umi..awat tak singgah umah akk?huhu

lynndamya said...

Salam, haha aku begitu teruja sekali nak komen, tapi bila dah habis entry aku lupa semua (-_-')

1. Sunrise, aku pun suka snap sunrise jugak, cantik kan?

2. Kedah. Aku first time g kedah, wedding kawan aku..rumah dia betul2 depan gunung besar, mak aih..betapa tenang dan segarnya!

3. Pekan rabu. Johor pun ade, tp xmeriah T_T

4. Besntya replika jambatan tu!

Sha Purple said...

selamat datang ke kedah...kami orang kedah...haha..rindunya kedah..nak balikkkkk..ekeke

Nad MamaZN said...

subhanaAllah! serius cun!
malaysia ni dah cukup cantik sangat dah kan?