Umie.Artoqiemie: 10/14

30 October 2014

Campak kembali (throwback) Langkawi

Salam masyarakat? 
Shalom shalom.. Ada baik? Tinggal lagi 2 minggu  nak tunggu result keluar, tazaba nak masuk semester baru yang awesome . Jumpa kawan-kawan baru & lama.. 

Ni kisah aku masa aku tak masuk UiTM lagi.. kerja masa ni. Teringin nak pergi langkawi dengan duit hasil kerja jadi designer, so aku decide book tiket air asia fly pergi Langkawi. Mistake time ni aku patut lalu jalan darat, lalu banyak tempat cantik plus murah sikit kos perjalanan.


Kalau nak pergi langkawi berseorangan, The cabin langkawi ialah jawapan dimana anda patut tinggal. Dekat gila dengan semua tempat, nak makan? nak sea sight? nak beli barang bawak balik? beli cekelat? nengok ikan? mamak? dekat, sangat!. Pantai chenang belakang je, boleh jalan kaki.


Dalam the cabin.. Katil besar tapi malangnya time ni travel sorang..Bilik ayo nye kecik sikit la, yang penting ada beranda. Aku sangat suka rumah ada beranda. Sebab aku gemar minum kopi kat luar rumah, fresh air. takdak bau kentut.


Suasana malam dekat the cabin, melantak cekodok plus telinga keling sensorang bersama kopi dutch lady.


Nengok family main dengan anak-anaknya depan the cabin sebelum sambung jenjalan. Dulu kecik-kecik selalu travel dalam sarawak dengan family cenggini... rindunya alahai.


Jumpa kawan-kawan baru masa minum air kelapa memandangkan dorang nengok meja aku "krik krik". Dorang bercuti under syarikat, melancong sambil buat family day syarikat :) sangat-sangat friendly. Aku lupa dorang dari mana.


Benda paling wajib buat kat langkawi adalah borong cekelat!! Murah . Namapun negeri bebas cukai meh. Aku paling suka cekelat yang ada lapis mint tu. kecik je , segiempat.


Cantik betul pantai kat sana , sunset, deruan ombak, nengok mat saleh jet ski.. Phew~ rindu langkawi.. Kalo nak travel sensorang rasanya langkawi la tempat yang sesuai. Jarang ada jenayah bak kata pakcik taxi yang bawak aku pergi Pasar Malam Pekan Kuah .. Pasar Malam dia sama macam pasar malam negeri lain, takda beza sangat, tapi agak bahaya jugak kalo pergi Pekan Kuah naik taxi sensorang, jalan otw pergi sana takda lampu jalan, gelap gelita.. nasib baik aku dapat pakcik taxi yang okay, dia siap cerita pasal anak-anak dia lagi, sedih jugakla perjalanan aku pergi Pekan Kuah bersama Pakcik taxi ni, tacing aku dengar cerita dia.

Kedah - pergi atas urusan assignment photo cikgu amir. memandangkan kedah ada sawah padi, so decide nak gi kedah, tu pun last minit plan.

Pulau Pinang - pergi masa gong xi fa chai dengan mai masa sem 1, best gila sebab semua kteorang dua main terjah je hotel/tiket semua tak book, ramai jumpa kenalan pelancong asing kat sana masa naik bas rapid penang.

Perak - Aku study Perak ofcourse perak sangat best dengan pekan oldtown nya,makanan yang sedap + cafe yang unik ! Kat lumut pulak banyak hasil laut Jamila. happy duk perak!

Pahang - Cameron Highlands? Genting Highlands? haha

Selangor/Wilayah Persekutuan - dulu study selangor, isu air, politik semua kat selangor haha. KL kota yang sibuk, 1st time pergi KL sensorang masa nak pergi matrade, ada art exhibition.semua pelukis seluruh negara ada. nasib baik tak sesat masetu main redah je, sebenarnya janji dengan kawan tapi last minute cancel.

Melaka : ive been there 2 kali. Sekali tu pergi pekan koboi & main funfair-funfair tu aku dapat beg kalis air haha. pastu kali ke-2 bersama blogger under nuffnang pergi kilang mamee.

Johor : Aku pernah la pergi sekali masa explorasi gunung ledang under Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Shah Alam, takdak jenjalan, panjat gunung jer.. seminggu berkhemah kat sana. memang best, puas hati dapat tengok air terjun yang paling cantik aku pernah tengok.

Sarawak : Ni pulak tempat asal aku. Aku berasal dari Kampung Jemoreng, Matu. tapi menetap di Daro. Aku pernah study asasi design di salah sebuah kampus swasta di kuching Sarawak, tau la sikit2 jalan kat Kuching tu kot. Kuching banyak simpang je.. Kalo jalan kaki best ! banyak old town gak cam ipoh. Mesti try makanan masyarakat sarawak yang super duper sedap .

Negeri yang aku belum pergi jeng jeng jeng...
1.KELANTAN
2.TERENGGANU
3.PERLIS
4.SABAH
5.NOGORI 9

InsyaAllah one day. 5 negeri je lagi ye dak? Miracle happen :D korang punya wishlist nak pergi mana je? meh share-share dengan akak meh...

chiaw.

28 October 2014

Seronok di Amsterdam

Haritu sebelum balik ke Sarawak aku sempat pergi "Amsterdam" bersama sahabat akrab.Tak plan pun sebenarnya nak pergi Amsterdam tu.. hehe..

Dekat area kelab golf. Suasana pagi situ memang best.

Mai eksaited jumpa motor sepahtu.. muat 3 orang katanya.

Tiga-tiga nak terbang

Aktiviti senaman yoga turut disertakan disini..

Bawa kaki ke atas dan perlahan-lahan tarik nafas seiring dengan tangan 

kemudian hembus nafas, rapatkan tangan ke dada...

rumah ni sebenarnya tempat kediaman tourist.

Yang ni pulak cafe.



Aku dengan Mai taktahu ada tangga blah kiri, aku & dia pi panjat pagar ni. hampeh -.-"


Roomate aku sem ni. Harap-harap sem depan aku , denggi & mai sebilik lagi.



semua dok pakat pandang cicak..




spot paling best, kat kerusi relaks ni, boleh minum kopi panas sambil layan permandangan :D







Pasangan atok & nenek dari Malaysia mintak amikkan gambo.




Sebenarmya gambo-gambo di atas ni kat Smokehouse Cameron Highland ja. haha.. Lawa kan cameron kalau kita explore betul-betul? Tempatnya yang sejuk, tak perlu perabih duit ke luar negara.. Melancong la kasi habis dalam Malaysia dulu. Asal la UiTM tak buat sini ye? Pergi kelas takdak keringat haha.

Teringin nak jenjalan satu dunia macam bro afif yang hensem. Asia, Africa, Europe and North America..semua dia dah pergi.. you inspired me a lot untuk success bro.. nak jadi backpacker jalan satu dunia..

Jemput makan swedish apple kawan-kawan :D dream big, think big.. & kamu akan mendapat yang BIG BIG...

chiaw~

25 October 2014

Kem Survival di Tanjung Malim , Selangor

Shalom masyarakat!
Assalammualaikum..
Haritu aku menghadiri kem di Tanjung Malim bersama calon-calon pemimpin yang lain di bumi Selangor iaitu Tanjung Malim.Perjalanan agak lambat jugak sebab kiteorang tunggu bas pkl 9am tapi bas sampai pkl 11, mahu tak menggeletar tangan bawak beg hiking yang borat nak mampppp.



Bas kemain besaq, dalam nye manusia boleh bilang sama tangan ja..Btw, aku baru tau yang Tanjung Malim ni under bumi Selangor. Tu pun boche punya abang yang dekat kem tu bagitau.

 Bas drop dekat tepi jalan raya, pastu kiteorang kena menapak lebih kurang 15-20 minit camtu ke dalam kem tersebut. Agak penat juga.. sebab tu aku bawak sapu tangan hahaha. Emm tengok gambar tu teringat pulak kasut aku yang kena rembat tempoh hari dekat kolej kediaman, siapala yang ambik ye, kasut yang penuh lumpur pun nak rembat ke?


apa yang best kau join kem ni, kau dapat jumpa kawan-kawan baru. Kita selfie sikit pagi-pagi..


Time ni memang jantung dupdapdupdap , sebab night walk. Aku jenis rabun malam, tak nampak, pastu segala jenis benda yang berlampu suluh orang kem akan rampas. Yang takboleh blah, dia gantung kain kapan dekat pokok kelapa sawit yang kitaorang lalu tu. Aku kalo dah takut langkah harus dicepatkan, masa aku jenjalan laju-laju tu tetiba terserempak dengan budak yang dilepaskan sebelum aku.. jalan berdua la gamaknya sampai ke checkpoint muehehe.

 
Ni ahli-ahli perempuan yang join kem. Ramai yang takda sebenarnya sebab cuti semester. Hanya sekerat saja yang ada,



Antara jejaka-jejaka yang memeriahkan kem.. kurang dari 10 orang, sadis sangat. Yang bagi tazkirah masa kuliah subuh pun muka dorang jugak.


Dah macam kat rumah panjang pulak aku nengok gambo ni haha. Yang ni masa campfire main truth or dare. Yang dua orang pakai tudung (syed & syafiq) kena "dare" masa buat cabutan haha. Terpaksa pakai tudung sampai habis campfire kau nyahhh~ Aku pulak kena menari & menyanyi let it go let it go , hambar sumpah hambar .


Borak sambil tunggu lemang & ayam pansoh masak.. Ni pengalaman pertama aku masak masakan dalam buluh, walaupun ayam pansoh ni memang sinonim dengan masyarakat sarawak.


Segala sembelihan, buang bulu ayam, masak-masak, potong-potong bawang semua kena buat sendiri. Ayam dalam gambar tu kalo picit, still boleh "kokk" hahaha.


7 -8 jam tau nak masak benda ni, memang lama, sebab tu orang yang dalam hutan berpegang pada motto " MAKAN UNTUK HIDUP", bukan hidup untuk makan.
Aiii, aku macam nak carik MH370 yang hilang je gayanya. haha.



Penghulu (rifky) menyerahkan sumbangan hamper kepada pakcik ni. Terima kasih pakcik benarkan kiteorang lepak rumah pakcik hehe.


Hari terakhir di kem tanjung malim kiteorang buat khidmat masyarakat. bersih luar & dalam rumah penduduk kampung kat sini.


the best shot yang aku dapat kat sana.. perghh perghh.. mahai gambo rock ni.


Persekitaran adalah guru terdekat, Belajarlah dengan persekitaran dan praktikkan dalam hidup. Latihlah! Terima kaseh semua kerana anda hadir dalam hidup aku. Korang style.

chiaw!!