Umie.Artoqiemie: 04/15

30 April 2015

5 items yang saya nak di Rakuten.com.my !

Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia. Shalom masyarakat?
Assalammualaikum, damaila manusia..
1st of all aku nak tanya korang pernah dengar tak pasal rakuten ? apa ? dok pernah ? haihh rugi besaq. Rakuten ni macam-macam dia jual , senang cerita semua la dia jual. dari atas ke bawah.


Yeshhhhhh! Semua diatas dia ada jual dan hangpa pun boleh menjual *click gambar untuk terus ke website rakuten* Yang best nya juga anda dapat kumpul point !

Okay, bercakap pasal benda yang kita nak dalam hidup ni. Kalau ikut nafsu semua nak, Okay antara wishlist aku dekat Rakuten ni (mostly electronics) heee.

1. iPHONE 6 PLUS



Oiiishhh sapa tanak iphone 6 plus. Rasanya kalo orang suka tangkap gambar(Five-element lens,Auto image stabilization, Auto HDR for images, Improved face detection. sesuai sangatlah! . Selain tu, aku boleh la sketch mana aku pi sebab screen dia besar dan ringan(15.8 x 7.8 x 0.71 (cm) & (0.17Kg). Handphone aku crack sebab tu aku nak handphone baru hehe. Harga dekat rakuten yang 128gb sekarang : RM 4,171.00 so dapat bonus point 41.71


2. GoPRO HERO4 Black Edition


Sebab utama aku nak GoPro ni adalah sebab , assignment aku sem depan memerlukan camera untuk aku shoot tv commercial. Antara kelebihan goPro ni ialah, superview!!!  kami nak yang wide sajerr haha. Apa yang best GoPro, dia sangat mudah dibawa dan ditransfer ke smartphone sebab ada wi-fi built in. So tak payah penat-penat carik wire nak cucuk nak transfer video/photo ke handphone. Hraga dekat rakuten sekarang RM 1,999.00 ,dapat bonus point 19.99 points.

3 . EPSON BORDERLESS A3+ PHOTO PRINTING MADE TRULY AFFORDABLE L1800-STD




Ni satu kompenen penting sebenarnya dalam hidup aku tapi takdak, printer a3 !!! sebab apa? Yela selalu kalau aku print A3 mesti nak kena keluar dari UiTM, menapak ke area artistmart / naik bas tambang rm1 ke billion sebab nak pergi nak print (murah). Tapi kalau rakuten baik hati bagi aku printer, so jimatla masa, tenanga & kudarat aku. yeahh! You can't stop people printing what they want to print.-printing quote. Epson ni antara printer terbaik gak ni..berharga RM 1,683.30 .

4. Ferrari Laptop Backpack - Red


Cuba cakap,barang ferrari mana je yang aku tak suka? backpack ni sangat high quality dan nampak selesa dibelakang bahu. Lepas dekat setiap pembuka zip ade logo ferrari, perghhhh! Backpack sekarang yang aku punya kena seramik huwaaaaaaa!! terok nya.

5. Meizu MX4 4G Smartphone



oleh kerana handphone crack, dua kali aku mentioning aku nak hp tapi yang ni brand lain. hehe. Handphone juga adalah element penting dalam hidup seorang pelajar grafik yang belajar di perantauan. Handphone takdak, nak contact cemana kan? Meizu!!!!! Sangat elegant!

Tu je la wishlist aku kat Rakuten rasanya. Semua gambar diatas aku lukis , gigih tak? haha. Sekarang rakuten ada buat special sale "SUPRISE FOR MOM", rasanya boleh ushar dan beli untuk mak hangpa. Mothers day tu, penat dia beranak hangpa, hangpa tak ingat dia..lagi-lagi yang mak jauh tu. ade call tak? haa sambil call tu beli la hadiah kat mak sempena mothers day ni. mesti dia senyum lebar.

Mak sedara (Usu Ayah) aku selalu cakap dulu, kalau benda tu memang kau nak, kau kena sebut hari-hari haha. Bunyik mengarut tapi kadang-kadang menjadi 98% wa cakap lu . Ok guys. selamat membeli di Rakuten. Rakuten Malaysia..please jadikan wishlist aku kenyataan! Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.

26 April 2015

Bila Baymax Jadi Kampong Boy , MATBAYMAX !

Shalom masyarakat ?
Assalammualaikum..

Last sem aku dan batch aku dikehendaki buat character mashup untuk subject cikgu acap (illustration). Aku dengan tak tengok katon, dan x suka katon wadaya expect ? serabut putus urat saraf aku pikir. Satu je katon aku suka, tu pun baymax. Pastu aku pikiaq lagi , nak rojak dengan apa character aku ni.. aku pun try kampong boys. haaaaaa. Baymax versi kampong aku bagi hangpa. Baymax ni jenis berak, kat luar rumah, jamban dengan rumah asing haha. Memang tahap kampong kritikal dengan berkain pelikat.



Kiteroang dikehendaki set up kat studio part 2. Studio gereja kteorang panggil. sebab apa? ce korang tengok meja tempat aku buh lukisan ataih tu . licin kauuu. pegang boleh hilang tangan sebab sejuk.


Oleh kerana "gereja" terlalu sempit, so aku kena carik lagi 2 kerusi tempat comment section. Sapa komen dapat gula-gula dan sticker! umpan namanya .. umpan haha.


Yang ni result yang final poster. Aku guna SAI tools & photoshop untuk coloring process. Kat SAI tools it really blend very well..guna acrylic brush.


Yang ni actually aku jual time hari assesment haha! Alhamdulillah, ade jugak orang beli. Terima kaseh pada yang beli and exchange button badge dengan sticker Matbaymax aku, hihi.


 Got 2 sticker dalam plastic tu.. Yang depan my final artworks, and at the back "the scream vs baymax" yang ni, aku copy artwork dari mane tah aku tak ingat tapi dia jual lukisan ni.


My button badge!! Yang ni cikgu acap je boleh dapat, sebab lecturer kan. hurmm.. sayang sebenarnya nak bagi haha.


aku enjoy sebenarnya buat all those things especially packaging part sebab sebab.. aku suka!! aku suka how the artwork printed on paper & kau boleh sentuh, boleh stick. yeay! kepuasan bagi seorang graphic designer.


Pada yang tanya mana aku beli baju ni. Aku tak beli baju ni , aku custom made sendiri untuk aku pakai time final asessment . Maaf ye akak tak jual :(  


 "Jangan kau berani amik gambar aku! natey mu ni natey "kata umie artoqiemie,
haihh kekwatnya artis ni.



Jangan kau tanya mana baymax , mana lecturer aku. Ni lah cikgu acap, 1st time aku asess sampai malam, yaaa sampai malam.. lama kan? ade je yang tertidor kat luar koridor tu.


alahai comel.


penat dik nonsss. tido la arjuna betaaaaaaaaaaa,mimpi kan baymax sajaa...Sarah Zulkifli...yang komen kat fadex haritu. Akak belajar dua tempat dik, satu UiTM Perak, satu lagi UNISEL. Tapi akak sekarang kat UiTM, mehler masuk UiTM , ada lecturer comel cam baymax dik, haha.

Pesanan penaja,
follow instagram : orkedbeautyshop 

25 April 2015

Video Family Day De'Graph UiTM Perak

Assalammuaalaikum..




Yeay! Akhirnya dapat jugak upload video sport day family day kitaa. Dari semalam aku upload baru harini settle jadah dia haha. Terima kasih banyak-banyak yang menjayakan family day kita haritu. Aku pening sebenarnya tengok video ni, sebab gegaq kuat sangat, pakinsen.

Selamat bercuti guys :D jumpa balik bulan 6.

24 April 2015

Sekitar faculty art & design exhibition #FADEX15

heluw?

Fadex15 sebenarnya adalah graphic degree, graphic diploma & photography diploma show. Aku pergi fadex ni time launching.. So, aku nampak kengkawan lama aku buat performance yang bapak deep sampai aku pun tak paham. banyak interpretasi yang kita boleh buat.



Ehsan menyerahkan pedang saktinya, ni kes malu la ni semua pakat pakai topeng. eleh san, kegemokan kau takkan dapat disimpan hahaha!

hasil artwork si Naz ! Naz ni dulu sama group dengan aku masa kem. 


Si faris...pengumpul barang abstrax tegar.


Mus punya artwork!


Parisa dari Iran. Dia punya booth paling meriah. 


Tharshinie!! lama tak pergi tengok citer india dengan dia sesama.



paling suka yang ni !




pawer betol illustration dia ! 


Lama betul tak jumpa juon , posse awkward di situ haha. Juon i miss you!


Ni Janagi punya artwork. Saintis muda kelas kami dulu. dia suka cipta-cipta benda.


Yang tu (tunjuk budak tudung belah kanan) aku pernah tengok dia presentation time part 1 , Dia punya artwork dari sem 1 tak mengecewakan.


Bersama abam dengan parkour-an nya.. aku sangat impress dengan kau punya aurasma tu bam. haha.


Setelah 2 tahun, akhirnyaaaa............... jumpa jugak ehsan & dapat jugak aku pulangkan ehsan punya hardisk haha. Maaf san, semenjak kat perak x terpulang hardisk kau.

rindu betul dekat unisel. 
rindu betul dekat bg15.
rindu betul dekat anak ledang,
rindu betul dengan lecturer.

SELAMAT BERGRADUASI SEMUA. UMIE BANGGA DENGAN ARTWORK KORANG. Aku baru perasan gambar dengan kechik & ida takde.. Kechik mekaseh haritu hantar. Terimakaseh jugak kaka teman hakak. haha.