Umie.Artoqiemie: Kem Survival di Tanjung Malim , Selangor

25 October 2014

Kem Survival di Tanjung Malim , Selangor

Shalom masyarakat!
Assalammualaikum..
Haritu aku menghadiri kem di Tanjung Malim bersama calon-calon pemimpin yang lain di bumi Selangor iaitu Tanjung Malim.Perjalanan agak lambat jugak sebab kiteorang tunggu bas pkl 9am tapi bas sampai pkl 11, mahu tak menggeletar tangan bawak beg hiking yang borat nak mampppp.



Bas kemain besaq, dalam nye manusia boleh bilang sama tangan ja..Btw, aku baru tau yang Tanjung Malim ni under bumi Selangor. Tu pun boche punya abang yang dekat kem tu bagitau.

 Bas drop dekat tepi jalan raya, pastu kiteorang kena menapak lebih kurang 15-20 minit camtu ke dalam kem tersebut. Agak penat juga.. sebab tu aku bawak sapu tangan hahaha. Emm tengok gambar tu teringat pulak kasut aku yang kena rembat tempoh hari dekat kolej kediaman, siapala yang ambik ye, kasut yang penuh lumpur pun nak rembat ke?


apa yang best kau join kem ni, kau dapat jumpa kawan-kawan baru. Kita selfie sikit pagi-pagi..


Time ni memang jantung dupdapdupdap , sebab night walk. Aku jenis rabun malam, tak nampak, pastu segala jenis benda yang berlampu suluh orang kem akan rampas. Yang takboleh blah, dia gantung kain kapan dekat pokok kelapa sawit yang kitaorang lalu tu. Aku kalo dah takut langkah harus dicepatkan, masa aku jenjalan laju-laju tu tetiba terserempak dengan budak yang dilepaskan sebelum aku.. jalan berdua la gamaknya sampai ke checkpoint muehehe.

 
Ni ahli-ahli perempuan yang join kem. Ramai yang takda sebenarnya sebab cuti semester. Hanya sekerat saja yang ada,



Antara jejaka-jejaka yang memeriahkan kem.. kurang dari 10 orang, sadis sangat. Yang bagi tazkirah masa kuliah subuh pun muka dorang jugak.


Dah macam kat rumah panjang pulak aku nengok gambo ni haha. Yang ni masa campfire main truth or dare. Yang dua orang pakai tudung (syed & syafiq) kena "dare" masa buat cabutan haha. Terpaksa pakai tudung sampai habis campfire kau nyahhh~ Aku pulak kena menari & menyanyi let it go let it go , hambar sumpah hambar .


Borak sambil tunggu lemang & ayam pansoh masak.. Ni pengalaman pertama aku masak masakan dalam buluh, walaupun ayam pansoh ni memang sinonim dengan masyarakat sarawak.


Segala sembelihan, buang bulu ayam, masak-masak, potong-potong bawang semua kena buat sendiri. Ayam dalam gambar tu kalo picit, still boleh "kokk" hahaha.


7 -8 jam tau nak masak benda ni, memang lama, sebab tu orang yang dalam hutan berpegang pada motto " MAKAN UNTUK HIDUP", bukan hidup untuk makan.
Aiii, aku macam nak carik MH370 yang hilang je gayanya. haha.



Penghulu (rifky) menyerahkan sumbangan hamper kepada pakcik ni. Terima kasih pakcik benarkan kiteorang lepak rumah pakcik hehe.


Hari terakhir di kem tanjung malim kiteorang buat khidmat masyarakat. bersih luar & dalam rumah penduduk kampung kat sini.


the best shot yang aku dapat kat sana.. perghh perghh.. mahai gambo rock ni.


Persekitaran adalah guru terdekat, Belajarlah dengan persekitaran dan praktikkan dalam hidup. Latihlah! Terima kaseh semua kerana anda hadir dalam hidup aku. Korang style.

chiaw!!

7 comments:

Jiarizaira said...

Uik tanjung malim selangor kah...baru tau..tp mmg tajung malim tu sempadan perak/selangor...

Mek Onie said...

rindu nak ke kem cenggini,yang tak tahan pakai tudung tu,haha

budakvanilla said...

bestnya. .meriah jak wlupun nmpak ckit. . :D

Luqman Zakaria said...

nice wooo tmpt die..best la dapat kem cmneh..

Unknown said...

Kesian kat adik ni. Bukan nak merendahkan dik. Dah berapa lama sekolah, takkanlah tak tau Tg. Malim terletak di negeri mana.

Kalau area Ulu Bernam, seberang sungai tu Selangor. Tg. Malim ni di Perak dik. Adik boleh buka buku sejarah, geografi atau map. Adik kan jumpa kedudukan Tg. Malim.

Umie Nadhirah said...

@Ammar ibn Yasir : tayah kesian kat saya encik,sebab sekolah terlalu lama kot jadi camni haha,
tapi menurut apa yang saya baca pun Tanjung Malim memang terletak di negeri terletak di selatan negeri Perak, berhampiran dengan sempadan negeri Selangor. Ia terletak kira-kira 70 km di utara Kuala Lumpur.
Tanjung Malim terletak betul-betul di sebelah utara Sungai Bernam. Sungai Bernam menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Dalam peta, Ulu Bernam dan Tanjung Malim hampir pada titik koordinat yang sama. Tapi, orang kem cakap lain, Tanjung Malim bawah Selangor sebab dulu2 memang under Perak, sekarang dah Selangor pegang.. katanya. Nak percaya ke tidak tu soal ke-2 la ye? Allahualam..

lynndamya said...

Salam, wahh seronoknya aktiviti camni..siap kena masak2 sendiri totally from A - Z ea..bagus! seronok..haha