Umie.Artoqiemie: 09/14

23 September 2014

Pasar Karat Di Memory Lane Loken eeeeepoh

Salam karat ipoh aman jaya, haha.
ini kisah satu pagi masa hati berkarat, haha. Ubatnye kena pergi pasar karat baru karat tu hilang (deep) haha. Dalam pukul 10 camtu si arnab amik dekat kolej, sebenarnya plannya awal, biasa janji melayu keling jadila lambat. hoho.


akak tudung bunga-bunga tu gigih betul duk korek-korek laci kayu kecik. Yang akak denggi pulak sibuk amik gambar. Tapi serious aku suka gila scene pasar karat ipoh berbanding kat penang. hehe. i liokee.


Kalau nak carik barangan antik, sini memang berlambak, name it ! semua ada. Macam Time World Atlas semua tu murah-murah je, kalo pandai tawar makin murah.


Laci yang aku pegang ni rm3 je.. Ade 2pcs je haritu kat booth pokcik tuuu.


aiyakkk akak umie artoqiemie, mencangkung cangkung nak pergi manaaa?


clutch yang aku pegang tu sangat bagus. Still nampak baru lagi, limited punya sebab sapa yang naik singapore airline (business class passenger only) yang akan dapat clutch tu. sangat banyak tempat nak letak card , hp pun boleh muat.


Morq!! kau nak basikal tua kan? tak perlu beli kat teluk intan, beli sini cukupla. hehe. Potrait lama pun dorang jual jugak. Nanti tua-tua boleh aku jual potrait aku eh? kahkah.


Aku jenis perempuan yang guna wallet lelaki, 2 , 3 kali jugak la aku dok belek-belek wallet kulit tu, fikir nak beli ke tak. Sebab aku punya wallet dah barai tempat duit syilingnyer adoinyepun terok nau. Tapi pokcik tu nak jugak rega dia, aku rasa macam masih mahal aku letak balik. haha.


Apa yang aku peliknye kan. aku punye roomate(si denggi) , umor belom cukup 20 taon tapi sibuk tengok pinggan mangkuk.. hahaha. aiyerrrr~ tapi seb baik gambar ni dia amik gambar kereta mainan.


ade trompet. besor wooo.


Kalau boleh semua aku nak gantung kat lengan. hahaha.mula-mula suka yang jenama ferrari, kekonon matching ngan jam haha. aaaa rambang mata semua unik. Mokcik baju merah tu yang berniaga beg-beg ni.


Tak tahu nak pilih yang mana. lama kat beg beg ni je aku rasa haritu hahaha.


like i said.... Denggi tak habis-habis dengan dia punya mangkuk , sudu semua.. mak mak angat!


Pokcik ni happy je..


Jatuh hati sama ini hemlet (helmet). bukan jatuh hati dengan sebelah kiri tu eaaa.. helmet ni sesuai betul pakai merempit pergi fakulti. wrenggg wrengg...


Aku paling suka tengok "tick tick" jam pasar karat.. sangat branded rupa paras nya. haihh. Tapi tu la, besar besar semuanya.


Macam kat Nepal pulak perasaan masa ni. Alhamdulillah terkawal keadaan disana, cuaca ok-ok saja.


Sebenarnya nak angkat yang besor tu kuderat takdak pulak anyonyo..


Style betul kalo balik kampung pakai beg ni, tapi kalo bawak naik kapal terbang, terbang takde pilot cuz im so fly~ susah sebab tak boleh sorong tarik.

 

Ni kalo budak fashion style la kalo bawak beg camni bawak dorang punye drawing .


Yang ni mesti opak aku suka , tempat buang abu rokok.. sangat unik dan esklusif gitew, punat hitam yang atas tu tekan ke bawah kalo nak buang abu/puntung rokok.


tupperware nescafe! sapa suka kopi macam aku, mesti dia pandang punya barang-barang berkaitan kopi.


Kalo luck baik, dapatla tengok live band kat pasar karat ni.. Pakcik ni tidak boleh melihat tapi berkebolehan menyanyi.. :D


Aku dengan denggi memang kaki bundle. Mana nak dapat baju 3 helai rm5...


Kiteorang balik dengan bahagia sekali.. huhu ! apa yang aku cekau dari sana? tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!


Waaaaaa, happy umie ! (^__^) Kalo nak pergi karat ipoh, korang carik je jalan dato onn jaafar. Pastu jumpa the store. Belakang the store. Landmark paling senang Ipoh City Hotel.

-chiaw-

22 September 2014

Sepagi Sehari Semalam Di Taiping

Salam perak aman jaya.


Haritu... hmmm. ni kisah minggu lepas punya. Sehari weh kat taiping , rugi kalo tak shoot. Cadangnye memang nak teman member kelas shoot untuk subjek photography cikgu amir. hehe.


Apa yang unik dekat tasik taiping adalah cara lingkaran pokok dia. Very interesting !


Ni cover album mana pulak ye? haha. muka sememeh tak mandi masing-masing. Malam bawak ke siang balik. Kiteorang sewa kereta 24jam.


Kanak-kanak riang. dari kiri ; kaka, umie, kema, bani, ridhuan, bambam & shah.


selftimer... say cheese~~~

say weeee~

btw, apa yang best nye, lepas pergi taman tasik taiping, aku berjaya pergi zoo. Guna ic orang perak dapatla rega murah sikit rm13. Seumur hidup aku, aku tak pernah pergi zoo..terima kaseh kawan-kawan yang bawak pergi zoo taiping. aku tengok binatang makan, menari dan tidur. 


selalu tengok obeh(kucing aku) makan tidur berak cangkung pipi tersorong-sorong. ni boleh tengok binatang lain perangai lain macam , aku sangat terujaaaaa!!! seb baik ridhuan si baju purple tu orang taiping, so dia tau la mana sotong kangkung sedap, sotong kangkung sedap boleh dapat kat belakang bomba katanyer. 

Tapi serious memang sedap & banyak jugak la. tu pasey la kongsi ngan kaka.. Kaka kuat makan pun tak habis, haha. Guano tu? hehe. Tapi pengalaman di Taiping sehari je tak puas, macam-macam nak buat kat sana. 


kaw kaw malapiaw tiptop ala ala ting ting kah!

20 September 2014

Peghok I.T Fair 19-21 Sept

Salam Perak Aman Jaya.. Kaw kaw malapiaw tip top ala ala ting ting cuaca petang ni. Sebenarnya unplanning nak gi iT fair kat ipoh, sebab tak tahu pun ada benda ni. Ninja ajak, aku on ajer. hehe.


Cuaca agak mendung , hujan renyai-renyai. minum teh tarik + nasik goreng ikan masin best time-time hujan cenggini. syahduu je hirup air.


Mostly yang bukak booth kat PC FAIR ni cam biasa la, chinese... banyak barang IT boleh dapat harga murah kat sini, iolss suka !


Wuuu, yang ni antara wishlist this year selain iphone 6 hahaha. Sony compact camera yang bernilai rm1499 di I.T Fair ipoh. (OPAK MOHON BACA)


Yang ni aku rasa aku tak jumpa mana-mana lagi sebab speaker ni bass dia sangat bagus & senang nak sangkut kat bag / kereta masa jenjalan. selalu aku dengar speaker suara pecah je sebab takde woofer. Aku highly recommend la speaker kecik ni. rm99 je.. booth dorang depan toilet je.


Memandangkan semester ni aku banyak print benda especially subject PHOTO , aku terpaksa beli pendrive , apa yang specialnya pendrive ni dia boleh cucuk kat smartphone (android sahaja, pengguna ipuns sorry), OTG adapter. Kalo jenama PNY 8gb aku angkat rm29..kalo jatuh tarak pecah, ini besi manyak kuat.


chiaw.


14 September 2014

Ate dari peghok ke kedoh dow

Shalom masyarakat, ini minggu lepas punya ceghita sebenarnya, aku ke utagha atas tujuan assignment photo. Phew dugaan weh assignment photo, sebab aku takdak camera, boleh mati kejung kalo tengok scene lawo. 


Perjalanan mengambil masa 4 jam jugaklah kalo bawak dengan berhati-hati. 


Antara lokasinya, kilang area kedah (kawasan larangan). Macam kat oversea sbb ade lembu tengah ragut rumput. 




Ni pulak suasana pagi area-area gunung kledang. Cantik kan sunrise dia? 



Kau tengok awan dia. Sexy subhanaAllah.


Ni gambar kalo aku google kedah akan keluar ni. Tak sangka boleh snap gambo ni.


Ini 1st time aku ke kedah sebenarnya, sebelum ni aku tengok kat tv je negeri jelapang padi ni. 


Gitew , acah-acah wartawan astro awani , muka tanak senyum , melaporkan pesawat MH1992.. 



Member cakap, pekan rabu yang famous di kedah, sebab mak dia suka ke pekan rabu. Nama dia pekan rabu sebab dulu bukak hari rabu je.. 


Aku pun, ikutlah dia ke pekan rabu tu. Kalau nak borong tudung aku rasa better rembat kat jalan tar, sana lagi murah & apa yang best kat sini ialah S E R U N D I N G !! Sedap weh. Dia ada jual local & international punya serunding, amiklah yang local yer. 


Sekitar pekan rabu. 


Gambar otw balik, kedah best kalo datang untuk amik gambar. Scene sawah kuning mahal. 


Ni aku tak ingat kat rnr mana, project jambatan ke mana tah (lupa jugak) tapi dia punya masterpiece lawa , ramai yamg singgah berhenti mata kelip-kelip tanda suka. 

Btw, semua gambar yang terdapat dalam entry ni aku snap guna iphone 4s & edit dekat photoshop , pergi adjust curved sajer, kasi color naik. Easy peezy an? 


Chow _