Umie.Artoqiemie: Campak kembali (throwback) Langkawi

30 October 2014

Campak kembali (throwback) Langkawi

Salam masyarakat? 
Shalom shalom.. Ada baik? Tinggal lagi 2 minggu  nak tunggu result keluar, tazaba nak masuk semester baru yang awesome . Jumpa kawan-kawan baru & lama.. 

Ni kisah aku masa aku tak masuk UiTM lagi.. kerja masa ni. Teringin nak pergi langkawi dengan duit hasil kerja jadi designer, so aku decide book tiket air asia fly pergi Langkawi. Mistake time ni aku patut lalu jalan darat, lalu banyak tempat cantik plus murah sikit kos perjalanan.


Kalau nak pergi langkawi berseorangan, The cabin langkawi ialah jawapan dimana anda patut tinggal. Dekat gila dengan semua tempat, nak makan? nak sea sight? nak beli barang bawak balik? beli cekelat? nengok ikan? mamak? dekat, sangat!. Pantai chenang belakang je, boleh jalan kaki.


Dalam the cabin.. Katil besar tapi malangnya time ni travel sorang..Bilik ayo nye kecik sikit la, yang penting ada beranda. Aku sangat suka rumah ada beranda. Sebab aku gemar minum kopi kat luar rumah, fresh air. takdak bau kentut.


Suasana malam dekat the cabin, melantak cekodok plus telinga keling sensorang bersama kopi dutch lady.


Nengok family main dengan anak-anaknya depan the cabin sebelum sambung jenjalan. Dulu kecik-kecik selalu travel dalam sarawak dengan family cenggini... rindunya alahai.


Jumpa kawan-kawan baru masa minum air kelapa memandangkan dorang nengok meja aku "krik krik". Dorang bercuti under syarikat, melancong sambil buat family day syarikat :) sangat-sangat friendly. Aku lupa dorang dari mana.


Benda paling wajib buat kat langkawi adalah borong cekelat!! Murah . Namapun negeri bebas cukai meh. Aku paling suka cekelat yang ada lapis mint tu. kecik je , segiempat.


Cantik betul pantai kat sana , sunset, deruan ombak, nengok mat saleh jet ski.. Phew~ rindu langkawi.. Kalo nak travel sensorang rasanya langkawi la tempat yang sesuai. Jarang ada jenayah bak kata pakcik taxi yang bawak aku pergi Pasar Malam Pekan Kuah .. Pasar Malam dia sama macam pasar malam negeri lain, takda beza sangat, tapi agak bahaya jugak kalo pergi Pekan Kuah naik taxi sensorang, jalan otw pergi sana takda lampu jalan, gelap gelita.. nasib baik aku dapat pakcik taxi yang okay, dia siap cerita pasal anak-anak dia lagi, sedih jugakla perjalanan aku pergi Pekan Kuah bersama Pakcik taxi ni, tacing aku dengar cerita dia.

Kedah - pergi atas urusan assignment photo cikgu amir. memandangkan kedah ada sawah padi, so decide nak gi kedah, tu pun last minit plan.

Pulau Pinang - pergi masa gong xi fa chai dengan mai masa sem 1, best gila sebab semua kteorang dua main terjah je hotel/tiket semua tak book, ramai jumpa kenalan pelancong asing kat sana masa naik bas rapid penang.

Perak - Aku study Perak ofcourse perak sangat best dengan pekan oldtown nya,makanan yang sedap + cafe yang unik ! Kat lumut pulak banyak hasil laut Jamila. happy duk perak!

Pahang - Cameron Highlands? Genting Highlands? haha

Selangor/Wilayah Persekutuan - dulu study selangor, isu air, politik semua kat selangor haha. KL kota yang sibuk, 1st time pergi KL sensorang masa nak pergi matrade, ada art exhibition.semua pelukis seluruh negara ada. nasib baik tak sesat masetu main redah je, sebenarnya janji dengan kawan tapi last minute cancel.

Melaka : ive been there 2 kali. Sekali tu pergi pekan koboi & main funfair-funfair tu aku dapat beg kalis air haha. pastu kali ke-2 bersama blogger under nuffnang pergi kilang mamee.

Johor : Aku pernah la pergi sekali masa explorasi gunung ledang under Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Shah Alam, takdak jenjalan, panjat gunung jer.. seminggu berkhemah kat sana. memang best, puas hati dapat tengok air terjun yang paling cantik aku pernah tengok.

Sarawak : Ni pulak tempat asal aku. Aku berasal dari Kampung Jemoreng, Matu. tapi menetap di Daro. Aku pernah study asasi design di salah sebuah kampus swasta di kuching Sarawak, tau la sikit2 jalan kat Kuching tu kot. Kuching banyak simpang je.. Kalo jalan kaki best ! banyak old town gak cam ipoh. Mesti try makanan masyarakat sarawak yang super duper sedap .

Negeri yang aku belum pergi jeng jeng jeng...
1.KELANTAN
2.TERENGGANU
3.PERLIS
4.SABAH
5.NOGORI 9

InsyaAllah one day. 5 negeri je lagi ye dak? Miracle happen :D korang punya wishlist nak pergi mana je? meh share-share dengan akak meh...

chiaw.

9 comments:

Amanda Suria said...

Pi sorang?
Knp x ajak akak? 4 negeri lg eh...bestnya hope ur dream come true dear....

Farah Waheda Wahid said...

ha ha ha, direct translation...campak kembali a.k.a throwback...but it's nice when we think about the good moments that has past...

Shark Kay said...

perkongsian yg menarik ni.
boleh ler shark try travel kesana sorang2 nanti.
bermalam di cabin nmpk best :)

lynndamya said...

Salam, hahaa seronoknya travel sorang2 camni..mmg terbaik, rasa bebas betul, dan jumpa kawan2 baru..hehe owh ya, coklat mint mmg sedap! sy suka mkn coklat vochelle mint.. :D

Lea IsNawi said...

Gila ah..jejalan sorg2 je ke

Kalo nk dtg ganu or pahang Roger la..mungkin aku leh bwk g jejalan

BudakVanilla said...

bestnya travelling. .tringin juak pergi jaoh2. .kumpul duit lok. .hehehe :D

tiga lalat said...

Salam. Hee seronok jalan-jalan pusing tengok negeri oranglain.

Time Traveller said...

Langkawi.. bilakah ada rezeki nak jejak ke pualu yg idah diperkatakan tu.. :D

huhuhuu....

durox afrisya said...

Hi Umi! I've been inspired by this entry lalu marked juga which negeri dah pergi and which don't on my latest post:)

The idea of going holiday sesorang tu mcm best. Should have try once! :)