ini kisah satu pagi masa hati berkarat, haha. Ubatnye kena pergi pasar karat baru karat tu hilang (deep) haha. Dalam pukul 10 camtu si arnab amik dekat kolej, sebenarnya plannya awal, biasa janji melayu keling jadila lambat. hoho.
akak tudung bunga-bunga tu gigih betul duk korek-korek laci kayu kecik. Yang akak denggi pulak sibuk amik gambar. Tapi serious aku suka gila scene pasar karat ipoh berbanding kat penang. hehe. i liokee.
Kalau nak carik barangan antik, sini memang berlambak, name it ! semua ada. Macam Time World Atlas semua tu murah-murah je, kalo pandai tawar makin murah.
aiyakkk akak umie artoqiemie, mencangkung cangkung nak pergi manaaa?
clutch yang aku pegang tu sangat bagus. Still nampak baru lagi, limited punya sebab sapa yang naik singapore airline (business class passenger only) yang akan dapat clutch tu. sangat banyak tempat nak letak card , hp pun boleh muat.
Morq!! kau nak basikal tua kan? tak perlu beli kat teluk intan, beli sini cukupla. hehe. Potrait lama pun dorang jual jugak. Nanti tua-tua boleh aku jual potrait aku eh? kahkah.
Aku jenis perempuan yang guna wallet lelaki, 2 , 3 kali jugak la aku dok belek-belek wallet kulit tu, fikir nak beli ke tak. Sebab aku punya wallet dah barai tempat duit syilingnyer adoinyepun terok nau. Tapi pokcik tu nak jugak rega dia, aku rasa macam masih mahal aku letak balik. haha.
Apa yang aku peliknye kan. aku punye roomate(si denggi) , umor belom cukup 20 taon tapi sibuk tengok pinggan mangkuk.. hahaha. aiyerrrr~ tapi seb baik gambar ni dia amik gambar kereta mainan.
ade trompet. besor wooo.
Kalau boleh semua aku nak gantung kat lengan. hahaha.mula-mula suka yang jenama ferrari, kekonon matching ngan jam haha. aaaa rambang mata semua unik. Mokcik baju merah tu yang berniaga beg-beg ni.
Tak tahu nak pilih yang mana. lama kat beg beg ni je aku rasa haritu hahaha.
like i said.... Denggi tak habis-habis dengan dia punya mangkuk , sudu semua.. mak mak angat!
Pokcik ni happy je..
Jatuh hati sama ini hemlet (helmet). bukan jatuh hati dengan sebelah kiri tu eaaa.. helmet ni sesuai betul pakai merempit pergi fakulti. wrenggg wrengg...
Aku paling suka tengok "tick tick" jam pasar karat.. sangat branded rupa paras nya. haihh. Tapi tu la, besar besar semuanya.
Macam kat Nepal pulak perasaan masa ni. Alhamdulillah terkawal keadaan disana, cuaca ok-ok saja.
Sebenarnya nak angkat yang besor tu kuderat takdak pulak anyonyo..
Style betul kalo balik kampung pakai beg ni, tapi kalo bawak naik kapal terbang, terbang takde pilot cuz im so fly~ susah sebab tak boleh sorong tarik.
Ni kalo budak fashion style la kalo bawak beg camni bawak dorang punye drawing .
Yang ni mesti opak aku suka , tempat buang abu rokok.. sangat unik dan esklusif gitew, punat hitam yang atas tu tekan ke bawah kalo nak buang abu/puntung rokok.
tupperware nescafe! sapa suka kopi macam aku, mesti dia pandang punya barang-barang berkaitan kopi.
Kalo luck baik, dapatla tengok live band kat pasar karat ni.. Pakcik ni tidak boleh melihat tapi berkebolehan menyanyi.. :D
Aku dengan denggi memang kaki bundle. Mana nak dapat baju 3 helai rm5...
Kiteorang balik dengan bahagia sekali.. huhu ! apa yang aku cekau dari sana? tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
Waaaaaa, happy umie ! (^__^) Kalo nak pergi karat ipoh, korang carik je jalan dato onn jaafar. Pastu jumpa the store. Belakang the store. Landmark paling senang Ipoh City Hotel.
-chiaw-